Home Koronavirus Covid-19: Jangkitan baharu turun kepada 16,073 kes

Covid-19: Jangkitan baharu turun kepada 16,073 kes

0
Covid-19: Jangkitan baharu turun kepada 16,073 kes

SHAH ALAM – Jumlah kes positif harian Covid-19 di Malaysia pada Isnin menunjukkan penurunan apabila hanya 16,073 kes dilaporkan berbanding 19,198 pada Ahad.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan jumlah itu, kumulatif kes Covid-19 di negara ini kini meningkat kepada 1,995,771.

Menurutnya, daripada jumlah itu, Sarawak masih kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 3,522.

“Diikuti Johor (2,030), Selangor (1,947), Sabah (1,649) dan Kedah (1,191),” katanya menerusi catatan di Twitternya pada Isnin.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here