KUALA LUMPUR – Jabatan Penjara menangguhkan sesi lawatan sempena Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) serta Perayaan Hari Gawai yang melibatkan ahli keluarga, peguam dan lain-lain pihak bagi mencegah penularan wabak Covid-19 dalam penjara.
Jabatan itu dalam kenyataan bagaimanapun memaklumkan bagi tujuan penggantian kepada sesi perjumpaan sempena perayaan berkenaan, mereka adalah dibenarkan menggunakan telefon prabayar atau sidang video.
“Pihak keluarga hendaklah membuat tempahan panggilan berkenaan terlebih dahulu sebelum aplikasi itu dilaksanakan pada 31 Mei hingga 9 Jun bagi perayaan Pesta Kaamatan Sabah manakala Perayaan Hari Gawai bagi Sarawak adalah pada 2 Jun hingga 11 Jun.
“Sila hubungi penjara berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Maklumat berhubung sesebuah penjara boleh didapati di laman web Jabatan Penjara di www.prison.gov.my,” menurut kenyataan itu. -Bernama