Home Koronavirus Covid-19: Indonesia kembali catat kematian lebih 400

Covid-19: Indonesia kembali catat kematian lebih 400

0
Covid-19: Indonesia kembali catat kematian lebih 400

JAKARTA – Indonesia kembali mencatatkan jumlah kematian harian akibat Covid-19 melepasi angka 400, selepas merekodkan 437 lagi kematian dalam tempoh 24 jam.

Menurut data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, jumlah kematian keseluruhan akibat pandemik itu kini meningkat kepada 41,669 orang.

Provinsi Banten mencatatkan jumlah kematian tertinggi bagi tempoh 24 jam iaitu 338 kematian, diikuti 28 kematian di Jawa Tengah, dan selebihnya di provinsi lain.

Jumlah kematian tertinggi setakat ini adalah pada 28 Jan lepas iaitu, sebanyak 476 orang.

Jumlah kes positif di Indonesia kini meningkat kepada 1,534,255 orang, dengan 1,375,877 daripadanya telah sembuh.

Indonesia memulakan program vaksinasi sejak 13 Jan dan sehingga kini 8.6 juta orang telah menerima vaksin pertama, manakala lebih 4 juta telah menerima vaksin kedua. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here