PUTRAJAYA – Individu yang telah mendapat dos penggalak dan menjadi kontak rapat pesakit Covid-19 tidak perlu lagi menjalani tempoh isolasi sekiranya tidak bergejala.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, individu tersebut bagaimanapun perlu menjalani ujian RTK kendiri pada hari pertama dan ketiga dari tarikh akhir pendedahan kepada kes indeks.
“Protokol ini berkuat kuasa pada 1 Mac ini,” katanya pada sidang akhbar di kementeriannya pada Khamis.
AKAN MENYUSUL