Home Koronavirus Covid-19: India catat 90,928 kes, 325 kematian dalam 24 jam

Covid-19: India catat 90,928 kes, 325 kematian dalam 24 jam

0
Covid-19: India catat 90,928 kes, 325 kematian dalam 24 jam

NEW DELHI – Jumlah kes Covid-19 di India meningkat kepada 35,109,286 pada Khamis, dengan 90,928 kes baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas, menurut data terkini kementerian kesihatan.

Sebanyak 325 kematian dicatatkan pada Rabu menjadikan jumlah korban terkini mencecah 482,876, menurut Xinhua.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan kes secara mendadak dalam sehari, berikutan Rabu hanya merekodkan 58,097 kes.

Sebanyak 285,401 kes aktif Covid-19 dicatatkan di negara ini.

Sementara itu, sebanyak 34,341,009 kes telah pulih dan dibenarkan keluar hospital setakat ini, dan seramai 19,206 orang dibenarkan pulang dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Jumlah kes membabitkan varian Omicron mencecah 2,630, dengan negeri Maharashtra dan Delhi masing-masing melaporkan 797 dan 465 kes.

Sehingga kini, 995 pesakit telah dibenarkan keluar hospital, menurut data kementerian kesihatan. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here