Home Koronavirus Covid-19: Hospital Selayang sedia kontena khas simpan jenazah

Covid-19: Hospital Selayang sedia kontena khas simpan jenazah

Covid-19: Hospital Selayang sedia kontena khas simpan jenazah

SELAYANG – Selepas Hospital Sungai Buloh, kini Hospital Selayang pula terpaksa menyediakan kontena khas bagi menempatkan jenazah pesakit yang dijangkiti Covid-19.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi kenyataan dimuat naik di Facebook rasminya memaklumkan, kontena khas berkenaan disediakan Unit Perubatan Forensik Hospital Selayang.

“Ia boleh menempatkan 20 mayat tambahan memandangkan peti jenazah di hospital itu sentiasa penuh,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan, kematian akibat Covid-19 di negara ini semakin meningkat terutama di Lembah Klang.

Pada 16 Mei lalu, Sinar Harian melaporkan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat penyimpanan jenazah mangsa virus itu.

KKM memaklumkan enam lagi kematian dilaporkan di hospital itu pada Ahad.

Menurut kenyataan itu, lebih 80 peratus mangsa kematian akibat jangkitan Covid-19 di negara ini yang lanjut usia usia dan menghidap lebih daripada satu penyakit kronik atau komorbiditi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here