Home Koronavirus Covid-19: Hidup kembali normal dengan vaksinasi tahunan

Covid-19: Hidup kembali normal dengan vaksinasi tahunan

0
Covid-19: Hidup kembali normal dengan vaksinasi tahunan

WASHINGTON – Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer Albert Bourla pada Ahad berkata, dunia berupaya kembali kepada kehidupan normal daripada pandemik Covid-19 dengan syarat adanya vaksinasi secara tahunan.

“Saya setuju bahawa, dalam setahun, kita akan dapat kembali ke kehidupan normal. Ini tidak bermakna varian ini akan terhapus… dan senario paling mungkin, vaksinasi tahunan. Tetapi kita tidak tahu. Kita perlu menunggu dan lihat data,” lapor Sputnik memetik ABC News.

Beliau berkata, Pfizer akan segera menyediakan kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) data berdasarkan percubaan vaksin syarikat itu dalam kalangan kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun, yang dikatakan telah membuktikan keberkesanan dan keselamatan suntikan vaksin Covid-19 untuk kumpulan umur berkenaan.- Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here