Home Koronavirus Covid-19: Hanya satu kes baharu daripada 96 kematian dilapor

Covid-19: Hanya satu kes baharu daripada 96 kematian dilapor

Covid-19: Hanya satu kes baharu daripada 96 kematian dilapor

PUTRAJAYA – Hanya satu kematian baharu berkaitan Covid-19 direkodkan daripada keseluruhan 96 kematian yang dilaporkan pada Khamis.

Berdasarkan data GitHub Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dikemas kini jam 11.59 malam Khamis, satu kes kematian baharu itu direkodkan di sebuah hospital di Perak melibatkan individu yang tidak divaksinasi.

Jumlah 96 kes kematian yang dilaporkan KKM adalah termasuk kes tertunggak yang mana satu kes direkodkan pada 30 Ogos lalu dan tiga kes pada 26 September.

Selebihnya, 92 kes kematian berlaku pada beberapa tarikh di bulan Oktober.

Sebanyak 28,234 kes kematian termasuk 5,701 kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) direkodkan di seluruh negara sejak Covid-19 melanda negara pada Februari tahun lalu.

Berdasarkan data kematian mengikut status vaksinasi, sebanyak 68.4 peratus membabitkan individu yang tidak menerima vaksinasi.

Terdapat 21.4 peratus kes kematian terdiri daripada individu yang belum lengkap vaksinasi manakala 10.1 peratus kematian lagi adalah mereka yang telah lengkap dos suntikan.

Data kematian mengikut kumpulan umur pula menunjukkan warga emas berusia 60 tahun ke atas menyumbang 54.3 peratus.

Golongan belia berusia 18 hingga 59 tahun pula sebanyak 46.4 peratus kematian.

Peratusan bagi remaja berusia 17 tahun ke bawah adalah 0.1 peratus sementara usia antara bayi dan kanak-kanak 11 tahun sebanyak 0.2 peratus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here