Home Koronavirus Covid-19: Hanya 6 kematian dicatat pada Rabu

Covid-19: Hanya 6 kematian dicatat pada Rabu

0
Covid-19: Hanya 6 kematian dicatat pada Rabu

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan hanya enam kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan pada Rabu.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak empat kes adalah kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Menurut laman sesawang CovidNow, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini disebabkan oleh virus berkenaan adalah sebanyak 35,562.

Sementara itu, bagi kategori BID pula, jumlah keseluruhan adalah sebanyak 7,520 kes.

Laporan berkenaan turut memaklumkan bahawa purata sebanyak 38 orang daripada 10 juta populasi kematian akibat Covid-19 di negara ini direkodkan bagi tempoh dua minggu lepas.

KKM turut merekodkan 3,471 kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 4,440,383.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 58,463 kes aktif dilaporkan termasuk 35 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 63 memerlukan alat bantuan pernafasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here