Home Koronavirus Covid-19 global: Pertambahan 1.88 juta kes baharu dalam sehari

Covid-19 global: Pertambahan 1.88 juta kes baharu dalam sehari

0
Covid-19 global: Pertambahan 1.88 juta kes baharu dalam sehari

TERDAPAT pertambahan 1.88 juta kes positif Covid-19 direkodkan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas.

Ini menjadikan jumlah kes positif yang direkodkan di seluruh dunia adalah sebanyak 452 juta kes.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes.

Ini diikuti India dan Brazil dengan masing-masing merekodkan 42 juta serta 29 juta kes.

Negara yang melepasi angka 23 juta kes ialah Perancis.

United Kingdom pula catat angka melebihi 19 juta, Rusia dengan 16 juta kes, manakala Jerman, Turki, Itali dan Sepanyol catat angka 10 juta.

Di Asia Tenggara, Indonesia kekal merekodkan jumlah kes positif tertinggi dengan lebih 5.8 juta.

Ini diikuti Malaysia 3.7 juta kes, Filipina 3.6 juta kes, Thailand dengan 3 juta kes, dan Singapura melebihi 900,000 kes.

Sementara itu, berdasarkan data Johns Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 7,000 kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 global kini melebihi 6.02 juta kes.

Amerika Syarikat merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 965,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 653,000 kes, India lebih 515,000 kes dan Rusia lebih 351,000 kes.

Sementara Mexico kini catat lebih 320,000 kematian.

United Kingdom, Itali, Perancis, Jerman dan Sepanyol pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 151,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 57,000 diikuti Malaysia dengan 33,000 kes manakala Thailand dengan lebih 23,000 angka korban. – Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here