Home Koronavirus Covid-19 global: Pertambahan 1.37 juta kes baharu dalam sehari

Covid-19 global: Pertambahan 1.37 juta kes baharu dalam sehari

0
Covid-19 global: Pertambahan 1.37 juta kes baharu dalam sehari

TERDAPAT pertambahan 1.37 juta kes positif Covid-19 direkodkan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas.

Ini menjadikan jumlah kes baharu yang direkodkan sehingga Selasa adalah sebanyak 473 juta kes.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes.

Ini diikuti India dan Brazil dengan masing-masing merekodkan lebih 43 juta serta 29 juta kes.

Negara yang melepasi angka 24 juta kes ialah Perancis, United Kingdom pula melebihi 20 juta, Jerman dan Rusia dengan lebih 17 juta kes, manakala Turki, Itali dan Sepanyol merekodkan kes melepasi angka 10 juta.

Di Asia Tenggara, Indonesia kekal merekodkan jumlah kes positif tertinggi dengan lebih 5.9 juta.

Diikuti Malaysia 4 juta kes dan Filipina 3.6 juta kes, manakala Thailand dengan 3.3 juta kes, manakala Singapura pula kini mencatat angka melebihi 1.03 juta kes.

Sementara itu, berdasarkan data John Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 16,000 kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Jumlah ini merupakan antara jumlah kematian yang tertinggi pernah direkodkan.

Dengan angka terbaharu itu, jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 global kini melebihi 6.097 juta kes.

Amerika Syarikat merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 973,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 657,000 kes, India lebih 516,000 kes dan Rusia lebih 358,000 kes, sementara Mexico kini mencatat lebih 322,000 kematian.

United Kingdom, Itali, Perancis, Jerman dan Sepanyol pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 154,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 58,000 diikuti Malaysia dengan 34,000 kes, manakala Thailand dengan lebih 24,000 angka korban. – Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here