Home Koronavirus Covid-19: Gelombang keempat dan ancaman ‘omicron’ dari Afrika Selatan

Covid-19: Gelombang keempat dan ancaman ‘omicron’ dari Afrika Selatan

0
Covid-19: Gelombang keempat dan ancaman ‘omicron’ dari Afrika Selatan

KUALA LUMPUR – Bukan sahaja berdepan dengan gelombang keempat penularan Covid-19, Malaysia juga perlu bersiap siaga menghadapi ancaman ‘omicron’, varian baharu dari Afrika Selatan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini merujuk strain baharu Covid-19 itu sebagai B.1.1.529, sebagai Varian of Concern (VOC), mula dikesan di wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

Varian baharu itu dilaporkan mempunyai 32 mutasi spike protein, iaitu dua kali ganda lebih banyak daripada varian Delta (B.1.617) yang mencetuskan ledakan kes Covid-19 di India.

Berkuatkuasa pada Sabtu, sekatan sementara dikenakan kepada semua warganegara asing yang mempunyai sejarah perjalanan dalam tempoh 14 hari ke Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Nambia, Afrika Selatan dan Zimbabwe.

Kerajaan juga melarang pengembara warganegara Malaysia daripada melakukan perjalanan ke negara berkenaan.

Warganegara Malaysia dan pemegang pas penduduk tetap yang pulang ke Malaysia dari negara berkenaan dibenarkan memasuki negara tetapi dikehendaki menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di stesen kuarantin tanpa mengira status vaksinasi. Mereka juga tidak dibenarkan menjalani kuarantin di rumah.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berdasarkan survelan genomik yang dijalankan sehingga 26 November 2021, tiada virus varian baharu Covid-19, B.1.1.529 dilaporkan di Malaysia.

Setakat ini, tiga buah negara melaporkan kes berkaitan varian baharu itu iaitu Afrika Selatan (77 kes), Botswana (empat kes) dan Hong Kong (dua kes).

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersiapsiaga menghadapi sebarang kemungkinan berlaku gelombang keempat jangkitan Covid-19, termasuk peningkatan kes akibat Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, yang dijangka dapat dilihat dalam tempoh 10 hingga 14 hari.

KKM juga akan mengumumkan satu sistem amaran berisiko tinggi sekiranya berlaku gelombang peningkatan kes Covid-19, sehingga ke tahap kritikal.

Dengan episod pandemik Covid-19 hampir memasuki tahun kedua, Malaysia pernah dibebani sehingga sebanyak 24,599 kes baharu pada 26 Ogos 2021 serta kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 265,841 kes.

Di samping varian ganas termasuk Delta yang sudah menular di negara ini, faktor rentas negeri (yang dibenarkan kerajaan mulai 10 Oktober 2021) dan PRN Melaka, ada beberapa lagi situasi yang dibimbangi memungkinkan berlakunya penularan jangkitan Covid-19.

Satu lagi PRN akan berlangsung iaitu PRN Sarawak pada 18 Disember 2021 dan pelaksanaan pembukaan sempadan Malaysia dan Singapura menerusi Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin Darat (VTL-Land) dan VTL-Air antara kedua-dua buah negara bermula Isnin.

Pada Jumaat, KKM melaporkan angka kes harian baharu sebanyak 5,501 kes, meningkatkan kes kumulatif kepada 2,614,480 kes.

Dengan kes kumulatif 2,614,480 kes, Malaysia kini di tangga 20 daripada 222 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik Covid-19. Di hadapan Malaysia ialah Filipina (2,830,387 kes) dan Afrika Selatan (2,952,500 kes).

Kes aktif Covid-19 dengan kebolehjangkitan setakat jam 11:59 malam 26 November 2021, sebanyak 67,547 kes.

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (20 November – 26 November 2021), data kes harian baharu adalah seperti berikut:-

20 November (5,859 kes), 21 November (4,854 kes), 22 November (4,885 kes), 23 November (5,594 kes), 24 November (5,755 kes), 25 November (6,144 kes) dan 26 November (5,501 kes).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada 5,501 kes harian yang dilaporkan pada Jumaat, sebanyak 78 kes (1.4 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima; sementara 5,423 kes (98.6 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

KKM meletakkan pesakit Covid-19 yang memerlukan ventilator yang dianggap kritikal di kategori lima. Kategori empat untuk pesakit yang memerlukan bantuan oksigen dan kategori tiga pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori satu (tiada gejala) dan kategori dua (gejala ringan).

Setakat Jumaat, jumlah kes pesakit Covid-19 yang sembuh adalah sebanyak 6,664 kes, menjadikan kes kumulatif sembuh kepada 2,516,693 kes (96.3 peratus).

Sebanyak 445 kes yang disahkan Covid-19, memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) setakat Jumaat, dan 167 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Kes kematian Covid-19 di Malaysia melepasi angka 30,000 pada 21 November 2021 dan setakat jam 11:59 malam, 26 November, sebanyak 45 lagi kes dilaporkan, menjadikan kes kumulatif sebanyak 30,240 kes.

Sementara itu, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama ini, seperti berikut:-

20 November (1.01), 21 November (1.00), 22 November (1.00), 23 November (1.00), 24 November ( 0.99 ) dan 25 November (0.99).

Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 25 November adalah WP Labuan (1.19), WP Kuala Lumpur (1.06) dan Melaka (1.06).

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif Covid-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

Perkembangan lain dalam negara

Dr Noor Hisham dalam laporan “Situasi dan Maklumat Terkini Mengenai Mutasi Spike Protein Covid-19 Di Malaysia” berkata, sebanyak 266 kes baharu varian, kesemuanya, Variant of Concern (VOC) iaitu varian Delta, dilaporkan dalam tempoh 16 November 2021 sehingga 24 November 2021.

Kesemua 266 kes ini dikesan di Perak (55 kes), Sabah (44 kes), Selangor (27 kes), Pahang (26 kes), Johor (25 kes), Kelantan (22 kes), Pulau Pinang (21 kes), WP Kuala Lumpur (16 kes), Kedah (12 kes), Negeri Sembilan (empat), Melaka (empat), Perlis (tiga), WP Putrajaya (tiga), WP Labuan (dua) dan Terengganu (dua).

Dengan ini, jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 4,177 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 4,157 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI.

Setakat 26 November 2021, Malaysia hanya mempunyai 236 kluster aktif. Untuk rekod, sebanyak 5,920 kluster dikesan di negara ini dan sebanyak 5,684 kluster daripadanya, ditamatkan.

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (20 November-26 November 2021), berdasarkan data KKM, jumlah kluster baharu yang dilaporkan sebanyak 43 kluster.

Sementara itu, perincian 5,501 kes harian baharu pada 26 November 2021, mengikut negeri adalah seperti berikut:-

(+kes import)

Kes harian baharu empat angka – Selangor 1,472 (+7);

K​​​​es harian baharu tiga angka – Johor 428 (+2), Kedah 428, Kelantan 442, Melaka 226 (+3), Negeri

Sembilan 158 (+1), Pahang 358, Perak 262, Pulau Pinang 369, Sabah 485 (+1), Sarawak 144,

Terengganu 185 (+4) dan WP Kuala Lumpur 394 (6).

Kes harian baharu dua angka – WP Putrajaya 68 (+1), Perlis 30 dan WP Labuan 27.

Senario wabak Covid-19 di Malaysia

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

20 November (69,485 kes), 21 November (68,790 kes), 22 November (67,986 kes), 23 November (68,625 kes), 24 November (69,261 kes), 25 November (68,755 kes) dan 26 November (67,547 kes).

Pecahan pesakit Covid-19 mengikut kategori:-

* Kategori lima dianggap kritikal dan memerlukan ventilator; kategori empat memerlukan bantuan oksigen dan kategori tiga pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori satu (tiada gejala) dan kategori dua (gejala ringan).

Daripada 5,859 kes harian yang dilaporkan pada 20 November2021;

102 kes (1.7 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima; dan

5,757 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

Daripada 4,854 kes harian yang dilaporkan pada 21 November 2021;

86 kes (1.8 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima; dan

4,768 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

Daripada 4,885 kes harian yang dilaporkan pada 22 November 2021;

91 kes (1.9 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima; dan

4,794 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

Daripada 5,594 kes harian yang dilaporkan pada 23 November 2021;

85 kes (1.5 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima; dan

5,509 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

Daripada 5,755 kes harian yang dilaporkan pada 24 November 2021;

101 kes (1.8 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima; dan

5,654 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

Daripada 6,144 kes harian yang dilaporkan pada 25 November 2021;

96 kes (1.6 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima; dan

6,048 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

Daripada 5,501 kes harian yang dilaporkan pada 26 November 2021;

78 kes (1.4 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima; dan

5,423 kes (98.6 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

Rekod kes sembuh untuk tempoh Rangkuman Mingguan ini:-

20 November (4,970 kes), 21November (5,525 kes), 22 November (5,628 kes), 23 November (4,908 kes), 24 November (5,082 kes), 25 November (6,602 kes) dan 26 November (6,664 kes).

* kes kumulatif sembuh sehingga 26 November 2021 sebanyak 2,516,693 kes (96.3 peratus).

Rekod kes baharu, penularan tempatan dan yang berkaitan:-

20 November – Kes baharu 5,859 kes (2,581,747 kes kumulatif); Kes import: 19 kes (13 warganegara; 6 bukan warganegara); Kes tempatan 5,840 kes ([5,629 warganegara (96.4%); 211 bukan warganegara (3.6%)];

21 November- Kes baharu 4,854 kes (2,586,601 kes kumulatif); Kes import: 12 kes (8 warganegara; 4 bukan warganegara); Kes tempatan: 4,842 kes [4,643 warganegara (95.9%); 199 bukan warganegara (4.1%)];

22 November – Kes baharu 4,885 kes (2,591,486 kes kumulatif); Kes import: 18 kes (15 warganegara; 3 bukan warganegara); Kes tempatan: 4,867 kes [4,732 warganegara (97.2%); 135 bukan warganegara (2.8%)];

23 November – Kes baharu 5,594 kes (2,597,080 kes kumulatif); Kes import: 24 kes (15 warganegara; 9 bukan warganegara); Kes tempatan: 5,570 kes [5,297 warganegara (95.1%); 273 bukan warganegara (4.9%)];

24 November – Kes baharu 5,755 kes (2,602,835 kes kumulatif); Kes import: 23 kes (15 warganegara; 8 bukan warganegara); Kes tempatan: 5,732 kes [5,501 warganegara (96.0%); 231 bukan warganegara (4.0%)];

25 November – Kes baharu: 6,144 kes (2,608,979 kes kumulatif); Kes import: 12 kes (11 warganegara; 1 bukan warganegara); Kes tempatan: 6,132 kes [5,862 warganegara (95.6%); 270 bukan warganegara (4.4%)].

26 November – Kes baharu: 5,501 kes (2,614,480 kes kumulatif); Kes import: 25 kes (13 warganegara; 12 bukan warganegara); Kes tempatan: 5,476 kes [5,278 warganegara (96.4 peratus); 198 bukan warganegara (3.6 peratus)].

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif Covid-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.

20 November – 38 kes (BID 5), 21 November- 24 kes (BID 6), 22 November – 63 kes (BID 13), 23 November – 47 kes (BID 10), 24 November – 37 kes (BID 9), 25 November – 48 kes (BID 10 kes) dan 26 November – 45 kes (BID 10).

*Jumlah kes kematian sehingga 26 November 2021 sebanyak 30,240 kes.

Rekod kluster baharu dan kluster yang berkaitan:-

20 November- 1 kluster (kluster pendidikan 1);

21 November – 3 kluster (kluster tempat kerja 1 dan kluster komuniti 2);

22 November – 7 kluster (kluster tempat kerja 4, kluster komuniti 1 dan kluster pendidikan 2); );

23 November – 10 kluster (kluster tempat kerja 4, kluster keagamaan 1, kluster pendidikan 4 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 1);

24 November – 8 kluster (kluster tempat kerja 4, kluster komuniti 1, kluster pendidikan 2 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 1); dan

25 November – 7 kluster (kluster tempat kerja 2, kluster komuniti1, kluster keagamaan 1, kluster pendidikan 1 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 2).

26 November – 7 kluster (kluster tempat kerja 4, kluster pendidikan 2 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 1).

Statistik global Covid-19

Jumlah kes Covid-19 global terkini (worldometer) adalah 260,570,046 (Minggu lalu 256,518,463 kes dengan 5,203,413 kematian (Minggu lalu 5,151,060 kematian). Kes pesakit sembuh 235,481,473 kes berbanding minggu lalu 231,730,073 kes.

Sebanyak 222 negara dilanda pandemik Covid-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, United Kingdom, Rusia, Turki, Perancis, Iran, Argentina dan Jerman..

*Tonga negara ke-222 (terbaharu) dalam senarai.

Pecahan kes Covid-19 untuk 10 negara teratas dan jumlah kematian adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 48,999,737 kes (798,551 kematian);

India 34,555,431 kes (467,468 kematian);

Brazil 22,055,608 kes (613,697 kematian);

United Kingdom 10,021,497 kes (144,433 kematian);

Rusia 9,502,879 kes (270,292 kematian);

Turki 8,676,639 kes (75,840 kematian);

Perancis 7,516,746 kes (118,777 kematian);

Iran 6,102,056 kes (129,462 kematian);

Jerman 5,623,047 kes (100,796 kematian); dan

Argentina 5,322,127 kes (116,480 kematian);

Negara China, di mana bermulanya wabak Covid-19 pada penghujung Disember 2019 masih kekal di tangga 113 dengan 98,583 kes dan 4,636 kematian.

Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Myanmar, Singapura dan Kampuchea turut menyertai senarai 112 buah negara yang mencatat lebih 100,000 kes Covid-19. * terkini dalam senarai Rwanda.

Indonesia di tangga 14 – 4,255,268 kes (143,796 kematian);

Filipina di tangga 19 – 2,830,387 kes (48,017 kematian);

Thailand di tangga 23 – 2,094,886 kes (20,643 kematian);

Vietnam di tangga 36 – 1,168,228 kes (24,407 kematian);

Myanmar di tangga 63 – 520,213 kes (19,058 kematian);

Singapura di tangga 85 – 258,785 kes (681 kematian);

Kampuchea di tangga 109 – 120,038 kes (2,922 kematian);

Laos di tangga 119 – 67,322 kes (143 kematian);

Brunei di tangga 167 – 14,771 kes (97 kematian).

RUANGAN SISI

Latar belakang Covid-19

— Penularan wabak Covid-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

— Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Disember 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

— Menurut WHO, pihak berkuasa China pada 7 Jan lalu mengesahkan koronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia.

— WHO memberi nama rasmi virus “2019-nCoV” iaitu Covid-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

— Pegawai kesihatan China mengenal pasti Pasar Huanan Seafood di pusat bandar Wuhan sebagai lokasi bermulanya penyebaran wabak ini kerana terdapat jualan membabitkan daging haiwan eksotik di pasar tersebut seperti musang, serigala, buaya, ular, tikus, burung merak, landak dan unta.

— Laporan dari Wuhan pada Selasa 11 Februari menyebut data terbaharu berdasarkan penyelidikan membabitkan lebih 1,000 pesakit Covid-19 di China mendapati tempoh inkubasi virus itu boleh mencecah 24 hari, bukannya 14 hari seperti yang dipercayai sebelum ini.

— Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac akhirnya melabelkan wabak penyakit Covid-19 sebagai pandemik.

— WHO menyifatkan wabak penyakit Covid-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

— Wabak Selesema Babi berlaku antara Januari 2009 dan Ogos 2010 menyaksikan lebih 1.6 juta kes dikesan dengan 18,449 kematian. Ia mula dikesan di Mexico dan kemudiannya di Amerika Syarikat pada Mac 2009.

— Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran pandemik Covid-19 akan mengheret ekonomi global kepada penguncupan ekonomi paling teruk sejak Zaman Kemelesetan The Great Depression.

— Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Januari.

— Khamis 30 Julai genap enam bulan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengisytiharkan Darurat Kesihatan Awam berikutan kebimbangan dunia terhadap jangkitan 2019 novel koronavirus yang dikenali kemudian sebagaiCovid-19.

— Pengumuman yang dibuat itu adalah yang ke-enam dibuat oleh Pertubuhan itu tetapi yang terburuk. Untuk rekod, pengumuman lalu ialah bersabit H1N1 (2009), Polio dan Ebola di Afrika Barat (2014), Zika (2016) dan Ebola di Republik Congo (2019).

— Di UK, varian baru Covid-19 yang dikenali sebagai B117 dilaporkan 70 peratus lebih mudah merebak. Mula dikesan pada September 2020.

— Afrika Selatan juga mengenalpasti varian baharu novel coronavirus, dirujuk sebagai “501Y.V2”. pada awal Oktober 2020.

– Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

– WHO berikutnya mengumumkan varian Covid-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

– Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2).

– Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

– Kes kumulatif Covid-19 Malaysia mencecah sejuta pada Ahad 25 Julai 2021 iaitu 1,013,438 kes. Kali pertama Malaysia dilanda kes harian lima angka ialah pada 13 Julai 2021 iaitu 11,079 kes. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here