Home Koronavirus Covid-19: Enam kes baharu Sarawak libatkan jangkitan paru-paru

Covid-19: Enam kes baharu Sarawak libatkan jangkitan paru-paru

0
Covid-19: Enam kes baharu Sarawak libatkan jangkitan paru-paru

KUCHING – Hanya enam daripada 300 kes positif Covid-19 yang direkodkan di Sarawak hari ini mengalami jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan baki 294 kes lagi adalah mereka yang tidak bergejala dan hanya bergejala ringan.

“Pertambahan kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes di Sarawak kini 248,233. Antara kawasan yang mencatatkan kes tertinggi hari ini ialah Kuching dengan 96 kes, diikuti Miri (51), Sibu (33) dan Serian (29),” menurut JPBN.

Selain itu, sebanyak lapan kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan di Sarawak dari 14 Okt hingga 15 Nov, manakala jumlah kluster aktif kini adalah lapan. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here