Home Koronavirus Covid-19: Dua kematian baharu di Besut libatkan warga emas

Covid-19: Dua kematian baharu di Besut libatkan warga emas

0
Covid-19: Dua kematian baharu di Besut libatkan warga emas

KUALA TERENGGANU – Dua kematian baharu akibat Covid-19 di Besut melibatkan dua warga emas iaitu lelaki dan wanita berusia 71 dan 55 tahun.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata, kes terbaharu itu membabitkan warga emas lelaki dari Kampung Pelagat 3 manakala wanita berusia 55 tahun dari Kampung Bukit Tumbuh.

“Dua lagi kematian akibat Covid-19 direkodkan di Besut sekali gus menjadikan jumlah maut dari daerah itu kini seramai 10 orang.

“Bilangan itu lebih separuh daripada angka keseluruhan kematian di Terengganu yang merekodkan seramai 17 orang sejak tahun lalu,” katanya menerusi hantaran terbaharu di laman Facebooknya pada Rabu.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, setakat ini tujuh daripada 11 kes Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) adalah warga Besut.

Katanya, setiap kematian akibat Covid-19 begitu menyayat hati kerana pihak lain yang menguruskan jenazah bahkan mangsa berada di hospital atau ICU keseorangan tanpa ditemani ahli keluarga.

“Kesemua ahli keluarga hanya mampu melihat dari jauh atau tidak dapat melihat jenazah buat kali terakhir kerana mereka berada di pusat kuarantin,” katanya.

Dalam pada itu, Nor Azimi menegaskan, orang ramai perlu terus kekal duduk di rumah selain mengehadkan pergerakan serta mengelak daripada berkumpul beramai-ramai sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, langkah itu penting bagi memutuskan penularan jangkitan Covid-19 dengan cepat.

“Data harian dan kes kematian akibat Covid-19 adalah benar malah pematuhan prosedur operasi standard (SOP) juga benar dalam mencegah jangkitan wabak. Janganlah kita menjadi punca kemudaratan kepada orang lain,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here