Home Koronavirus Covid-19: Dos penggalak tunggal CanSino diluluskan

Covid-19: Dos penggalak tunggal CanSino diluluskan

0
Covid-19: Dos penggalak tunggal CanSino diluluskan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) telah meluluskan dos penggalak tunggal vaksin CanSino Convidecia untuk digunakan sebagai penggalak heterologous dengan kesemua 19 jenis vaksin utama di Malaysia.

Solution Group Bhd rakan pengeluar CanSino Biologics Inc di ASEAN dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan bahawa vaksin itu telah diluluskan untuk dewasa berusia 18 tahun ke atas, tanpa mengira jenis vaksin yang mereka terima pada awal vaksinasi Covid-19.

Kenyataan itu juga menyebut Convidecia juga akan diberikan sebagai dos penggalak selepas sekurang-kurangnya tiga bulan menerima dos kedua vaksinasi utama mereka.

“Ia juga yang pertama dan satu-satunya vaksin Covid-19 dari China yang dimasukkan dalam program vaksinasi heterologous di Malaysia yang boleh diberikan sebagai ‘mix-and-match’ bersama kedua-dua Pfizer-BioNTech dan vaksin Covid-19 AstraZeneca,” menurut kenyataan itu. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here