Home Koronavirus Covid-19 catat 3,913 kes, lima kematian

Covid-19 catat 3,913 kes, lima kematian

0
Covid-19 catat 3,913 kes, lima kematian
Sebanyak 3,913 kes Covid-19 dicatatkan pada Ahad menjadikan kumulatifnya adalah 4,927,451 kes di negara ini. – Foto fail Bernama

SHAH ALAM – Sebanyak 3,913 kes Covid-19 dicatatkan pada Ahad menjadikan kumulatifnya adalah 4,927,451 kes di negara ini.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, sebanyak lima kematian kes Covid-19 direkodkan.

Daripada lima tersebut, dua daripadanya merupakan kematian di luar fasiliti atau brought In dead (BID).

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula kini berjumlah sebanyak 36,716 dengan 35,039 atau 95.4 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Sebanyak 1,610 kes Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 67 daripadanya dirawat dalam unit rawatan rapi (ICU).

Seramai 50 kes memerlukan bantuan pernafasan, manakala 3,774 dicatatkan sembuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here