Home Koronavirus Covid-19 catat 1,990 kes baharu, empat kematian

Covid-19 catat 1,990 kes baharu, empat kematian

0
Covid-19 catat 1,990 kes baharu, empat kematian
KKM merekodkan 1,990 kes baharu Covid-19 pada Sabtu menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 4,801,653. – Gambar hiasan

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 1,990 kes baharu Covid-19 pada Sabtu menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 4,801,653.

Berdasarkan data daripada portal CovidNow, KKM memaklumkan terdapat empat kes kematian yang direkodkan.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 36,274 orang daripada lebih 4.8 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Sementara itu, KKM turut mencatatkan sejumlah 27,370 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dengan 26,007 pesakit kuarantin di rumah, 1,287 menerima rawatan di hospital dan sembilan individu ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Data itu juga menunjukkan, sejumlah 67 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, 46 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 2,016 kes sembuh turut direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh di negara ini sebanyak 4,738,009.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here