Home Koronavirus Covid-19 catat 1,608 kes baharu, dua kematian

Covid-19 catat 1,608 kes baharu, dua kematian

0
Covid-19 catat 1,608 kes baharu, dua kematian
KKM merekodkan 1,608 kes baharu Covid-19 pada Isnin menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 4,831,822. Foto Bernama

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 1,608 kes baharu Covid-19 pada Isnin menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 4,831,822.

Berdasarkan data daripada portal CovidNow, KKM memaklumkan terdapat terdapat dua kematian yang direkodkan.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 36,350 orang daripada lebih 4.8 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Sementara itu, KKM turut mencatatkan sejumlah 24,532 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dengan 23,336 pesakit kuarantin di rumah, 1,142 menerima rawatan di hospital, dan tiga individu ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Data itu juga menunjukkan, sejumlah 51 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, 29 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 2,352 kes sembuh turut direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh di negara ini sebanyak 4,770,940.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here