Home Koronavirus Covid-19: Angka kematian di Sarawak cecah 352 orang

Covid-19: Angka kematian di Sarawak cecah 352 orang

0
Covid-19: Angka kematian di Sarawak cecah 352 orang

KUCHING – Angka kematian akibat jangkitan Covid-19 di Sarawak kini mencecah 351 orang susulan lima kematian baharu yang dilaporkan pada Ahad, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Menurut kenyataan JPBN, negeri itu turut mencatatkan 544 jangkitan baharu Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 55,443.

“Selain itu, JPBN mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lapan lokaliti melibatkan rumah panjang (Rh) Belayong anak Buang (Bintulu), Rh Fabian Jembu anak Tangi (Bintulu), Rh Chali anak (Bintulu), Kampung Dagang (Tatau), Rh Enpawi anak Seriban (Tatau), Rh Itam anak Ujok (Tatau) yang bermula Sabtu hingga 25 Jun depan.

“PKPD di Rh Umang (Pakan) pula bermula hari ini hingga 29 Jun dan PKPD di Kampung Tabuan Haji Drahman (Kuching) bermula esok hingga 28 Jun,” kata kenyataan itu. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here