Home Koronavirus Covid-19: 941 kes baharu, terendah setakat tahun ini

Covid-19: 941 kes baharu, terendah setakat tahun ini

Covid-19: 941 kes baharu, terendah setakat tahun ini

PUTRAJAYA – Buat julung kalinya, kes harian positif Covid-19 di seluruh negara merekodkan angka terendah sejak Januari lalu iaitu 941 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah 342,885 kes.

“Daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan, Selangor melaporkan kes tertinggi iaitu dengan 219 kes diikuti Sarawak (192) dan Johor (171),” katanya menerusi catatan di laman Facebooknya pada Isnin.

Menurutnya, Kuala Lumpur mencatatkan 57 kes manakala Kelantan (49) dan Sabah (34).

“Kedah (13), Melaka (lapan), Pahang (lima), Terengganu dan Perak (empat),” katanya.

Beliau berkata, Labuan dan Putrajaya masing-masing merekodkan satu kes.

“Tiada sebarang kes dilaporkan di Perlis,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here