Home Koronavirus Covid-19: 85 kematian baharu, 23 kes BID

Covid-19: 85 kematian baharu, 23 kes BID

0
Covid-19: 85 kematian baharu, 23 kes BID

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 85 kematian baharu akibat Covid-19 termasuk 23 daripadanya membabitkan kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) setakat tengah malam Sabtu.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian berpunca daripada pandemik itu kini seramai 34,329 orang.

Menurut data KKM di portal CovidNow, daripada jumlah itu keseluruhan kematian BID yang dicatatkan berjumlah 7,199 orang.

Johor melaporkan kes kematian tertinggi dengan 18 kes termasuk tiga kes BID diikuti Perak (17 kes, enam BID), Selangor (15 kes, lima BID) dan Kedah (10 kes, dua BID).

Pulau Pinang merekodkan lima kes kematian dengan dua kes BID, Pahang (empat kes, satu BID), Melaka (empat kes), Kelantan (tiga kes dengan semuanya BID), Kuala Lumpur (tiga kes), Sabah (dua kes, satu BID), Sarawak (dua kes) dan Terengganu serta Putrajaya (masing-masing satu kes).

Hanya Negeri Sembilan, Perlis dan Labuan sahaja yang tidak mempunyai kes kematian.

Sementara itu, jumlah kes jangkitan baharu yang direkodkan adalah berjumlah 21,817 sekali gus menjadikan keseluruhan kes positif yang pernah direkodkan di negara ini sejak pandemik melanda negara berjumlah 3,942,392.

Sejumlah 524 kes daripadanya adalah kes import manakala kes aktif keseluruhan kini yang dilaporkan adalah sebanyak 11,091.

Daripada jumlah itu juga, 273,974 individu atau 96.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah dan seramai 1,747 atau 0.6 peratus pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sejumlah 7,164 atau 2.5 peratus lagi dirawat di hospital dengan 390 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU melibatkan 171 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 219 pesakit pula memerlukan mesin ventilator.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here