Home Koronavirus Covid-19: 847 kes baharu, enam kematian dicatat

Covid-19: 847 kes baharu, enam kematian dicatat

0
Covid-19: 847 kes baharu, enam kematian dicatat

Malaysia merekodkan 847 kes baharu Covid-19 dengan enam kematian, pada Ahad. – Gambar hiasan

SHAH ALAM – Malaysia merekodkan 847 kes baharu Covid-19 dengan enam kematian, pada Ahad.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, sebanyak 15,736 kes aktif dicatatkan.

Portal itu turut melaporkan 93.6 peratus atau 14,724 kes melibatkan individu dikuarantin di rumah manakala tiada yang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sementara itu, sebanyak 963 kes Covid-19 menerima rawatan di hospital dengan 49 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Pada masa sama, kes sembuh yang direkodkan pada Ahad sebanyak 1,154 menjadikan kumulatif berkenaan adalah 4,965,321.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here