Home Koronavirus Covid-19: 79 kematian dilaporkan, Putrajaya tertinggi

Covid-19: 79 kematian dilaporkan, Putrajaya tertinggi

0
Covid-19: 79 kematian dilaporkan, Putrajaya tertinggi

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 79 kematian baharu akibat Covid-19 pada Selasa.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 19 kes adalah kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Menurut laman sesawang CovidNow, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini disebabkan oleh virus berkenaan adalah sebanyak 33,384 kes.

Sementara itu, bagi kategori BID pula, jumlah keseluruhan adalah sebanyak 6,914 kes.

Laporan berkenaan turut memaklumkan bahawa purata sebanyak 23 orang daripada sejuta populasi kematian akibat Covid-19 di negara ini direkodkan bagi tempoh dua minggu lepas.

Putrajaya menjadi negeri tertinggi purata kematian setakat ini dengan purata 52 kematian, diikuti Kedah dengan 51 dan Perlis (47).

KKM turut merekodkan 31,490 kes baharu positif Covid-19 pada Selasa menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 3,680,953.

Dalam masa yang sama, kadar penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) ialah 59.2 peratus dan penggunaan alat bantuan pernafasan sekitar 35.7 peratus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here