PUTRAJAYA – Jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di negara ini melonjak ke angka lebih 600,000 apabila 7,748 kes dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan kes terkumpul positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 603,122 kes.
Menurut beliau, Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 2,612 diikuti Kuala Lumpur (851), Negeri Sembilan (709), Sarawak (706), Johor (446), Pulau Pinang (376), Perak (371) dan Kelantan (286).
Sehingga 4 Jun 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 7,748 kes (603,122 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 2,612 (197,459)
Sabah – 287 (63,306)
WPKL – 851 (61,824)
Johor – 446 (60,566)
Sarawak – 706 (49,920)
Pulau Pinang – 376 (30,112) pic.twitter.com/IE99KnxSlo
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) June 4, 2021
AKAN MENYUSUL