Home Koronavirus Covid-19: 77 kematian baharu, 26 BID

Covid-19: 77 kematian baharu, 26 BID

0
Covid-19: 77 kematian baharu, 26 BID

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 77 kematian baharu akibat Covid-19 pada Isnin.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 26 kes adalah kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Menurut laman sesawang CovidNow, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini disebabkan oleh virus berkenaan adalah sebanyak 33,305.

Sementara itu, bagi kategori BID pula, jumlah keseluruhan adalah sebanyak 6,895 kes.

Laporan berkenaan turut memaklumkan bahawa purata sebanyak 22 orang daripada sejuta populasi kematian akibat Covid-19 di negara ini direkodkan bagi tempoh dua minggu lepas.

Kedah menjadi negeri tertinggi purata kematian setakat ini dengan purata 49 kematian, diikuti Perlis dengan 47 dan Johor (34).

KKM turut merekodkan 26,856 kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 3,649,463.

Dalam masa yang sama, kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 58.8 peratus dan penggunaan alat bantuan pernafasan sekitar 37.5 peratus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here