Home Koronavirus Covid-19: 77 kematian, 23 BID pada Jumaat

Covid-19: 77 kematian, 23 BID pada Jumaat

0
Covid-19: 77 kematian, 23 BID pada Jumaat

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 77 kematian baharu akibat Covid-19 pada Jumaat.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 23 kes adalah kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Menurut laman sesawang CovidNow, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini disebabkan oleh virus berkenaan adalah sebanyak 33,720.

Sementara itu, bagi kategori BID pula, jumlah keseluruhan adalah sebanyak 7,018 kes.

Laporan berkenaan turut memaklumkan bahawa purata sebanyak 26 orang daripada sejuta populasi kematian akibat Covid-19 di negara ini direkodkan bagi tempoh dua minggu lepas.

Perlis menjadi negeri tertinggi purata kematian setakat ini dengan purata 82 kematian, diikuti Kedah dengan 57 dan Putrajaya (43).

KKM turut merekodkan 26,250 kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 3,801,036.

Dalam masa yang sama, kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 56.7 peratus dan penggunaan alat bantuan pernafasan sekitar 34.5 peratus.

Kanak-kanak kini merupakan golongan yang lebih berisiko mendapat jangkitan COVID-19 memandangkan mereka yang berumur 11 tahun dan ke bawah, belum mendapat perlindungan sewajarnya berbanding dengan kumpulan umur yang lebih tinggi yang telah mendapat vaksinasi pic.twitter.com/ZTmPQFv68C

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) March 12, 2022

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here