Home Koronavirus Covid-19: 75 kes kematian, 361 di ICU

Covid-19: 75 kes kematian, 361 di ICU

0
Covid-19: 75 kes kematian, 361 di ICU

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 75 kes kematian baharu akibat Covid-19 pada Isnin.

Menurut data KKM di portal CovidNow, 20 daripada 75 kes kematian yang dilaporkan itu berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Ia menjadikan keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu sebanyak 32,749 orang daripada lebih 3.4 juta kes positif Covid-19 yang dikesan.

Menurut data itu, kes kematian tersebut melibatkan13 negeri dengan tertinggi direkodkan di Selangor dan Johor iaitu masing-masing sebanyak 22 dan 13 kes.

Ia diikuti Sabah mencatatkan 11 kes, Kedah dan Perak (tujuh), Kelantan, Melaka serta Pulau Pinang masing-masing (tiga).

Sementara itu, Terengganu merekodkan sebanyak dua kes, manakala satu kes direkodkan di empat negeri melibatkan Negeri Sembilan, Pahang, Sarawak dan Kuala Lumpur.

Bagi kes BID pula, lapan kes direkodkan di Sabah, disusuli dengan Selangor (lima), Johor, Kedah dan Kelantan masing-masing (dua) kes, manakala satu kes dicatatkan di Kuala Lumpur.

Sementara itu, menerusi portal itu juga, terdapat 293,423 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dengan 281,714 individu atau 96 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,467 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala 7,881 kes dirawat di hospital dan 361 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 168 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 193 lagi memerlukan mesin ventilator.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here