PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 7,373 kes baharu positif Covid-19 pada Ahad.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jangkitan baharu itu menjadikan keseluruhan kes positif sejak wabak Covid-19 melanda negara berjumlah 2,339,594 kes.
Menurutnya, data setiap hari bagi laman sesawang CovidNow akan dikemas kini selepas tengah malam.
“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow iaitu https://covidnow.moh.gov.my,” katanya dalam hantaran di Facebooknya pada Ahad.
Sehingga 10 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 7,373 kes (2,339,594 kes).
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 10, 2021