Home Koronavirus Covid-19: 70 peratus populasi dunia dijangka divaksinasi menjelang 2023

Covid-19: 70 peratus populasi dunia dijangka divaksinasi menjelang 2023

0
Covid-19: 70 peratus populasi dunia dijangka divaksinasi menjelang 2023

WASHINGTON – Sehingga 70 peratus populasi dunia akan menerima suntikan vaksin Covid-19 pada akhir 2022, andai agihan bekalan vaksin sumbangan negara penderma kepada negara-negara yang memerlukan dapat dipercepat, kata Presiden Bank Dunia, David Malpass.

“Menjelang akhir tahun ini, kita harap dapat lihat empat peratus dan pada akhir tahun depan sebanyak 60 atau 70 peratus orang divaksinasi (di seluruh dunia).

“Tetapi hasilnya hanya akan dilihat menerusi usaha yang dilakukan pada Oktober, November dan Disember. Memastikan bekalan vaksin diterima negara-negara memerlukan menjadi cabaran besar.

“Ketelusan penghantaran juga satu cabaran dan kami telah meminta pengeluar untuk memastikan bekalan dapat dihantar mengikut jadual,” kata Malpass dalam wawancara dengan CNBC pada Isnin lapor Sputnik.

Beliau merangkap ketua pasukan petugas pelbagai agensi global yang menyelaraskan penghantaran vaksin Covid-19 berkata, tumpuan utama kini ialah untuk menghantar bekalan vaksin kepada negara membangun yang kekurangan bekalan.

Walaupun banyak sumbangan vaksin telah diumumkan, realitinya penghantaran bekalan ke negara-negara yang memerlukan masih perlahan, kata Malpass. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here