KUALA LUMPUR – Jumlah kes baharu Covid-19 yang dilaporkan pada Isnin terus menurun kepada 6,824 menjadikan jumlah kumulatif 572,357 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Pada Ahad, kes baharu pandemik itu di Malaysia mencatat penurunan ketara iaitu 6,999 kes berbanding 9,020 pada Sabtu, pengurangan sebanyak 2,021 kes.
Menerusi catatan di Twitter, Dr Noor Hisham berkata, Selangor masih menyumbang kes harian tertinggi sebanyak 2,111 diikuti Kelantan (695); Sarawak (654); Johor (489); Kedah (464); Kuala Lumpur (387) dan Melaka (352).
Selain itu, Pulau Pinang mencatatkan 328 kes, Perak (255); Negeri Sembilan (253); Pahang (219); Sabah (207); Terengganu (204); Labuan (166); Putrajaya (28) dan Perlis (12).
AKAN MENYUSUL