Home Koronavirus Covid-19: 68 lagi kematian direkod, 12 BID

Covid-19: 68 lagi kematian direkod, 12 BID

0
Covid-19: 68 lagi kematian direkod, 12 BID

KUALA LUMPUR- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 68 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan keseluruhan kematian disebabkan wabak itu berjumlah 29,837, daripada 2,557,516 kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 12 daripada 68 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 66,793 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 52,235 individu atau 78.2 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 8,242 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 5,780 kes dirawat di hospital dan 536 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 285 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 251 lagi memerlukan mesin ventilator. –Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here