PUTRAJAYA – Sebanyak 6,493 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Jumaat.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal negeri tertinggi melaporkan kes positif iaitu 2,163 kes.
“Ia diikuti Kuala Lumpur (641), Sarawak (612), Kelantan (467), Kedah (436) dan Johor (406),” katanya menerusi ciapan di Twitter.
Menurutnya, Perak melaporkan 382 kes, Negeri Sembilan (307), Pulau Pinang (302), Melaka (165), Pahang (161), Terengganu (139), Labuan (84), Putrajaya (20) dan Perlis (tiga).
AKAN MENYUSUL
Sehingga 21 Mei 2021: Jumlah kes COVID-19 adalah 6,493 kes (498,795 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 2,163 (163,747)
Sabah – 144 (60,053)
Johor – 406 (52,937)
WP KL – 641 (52,538)
Sarawak – 612 (40,871)
P Pinang – 302 (25,004)
N Sembilan – 370 (21,874)
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) May 21, 2021