Home Koronavirus Covid-19: 64 kes kematian baharu, 14 BID

Covid-19: 64 kes kematian baharu, 14 BID

Covid-19: 64 kes kematian baharu, 14 BID

PUTRAJAYA – Sebanyak 64 kematian baharu Covid-19 termasuk 14 kes kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) dilaporkan pada Selasa.

Menerusi data yang diperoleh daripada GitHub Kementerian Kesihatan Malaysia, Perak melaporkan angka kematian tertinggi dengan 20 kes.

Ia disusuli dengan lapan kes di Kedah, Selangor (tujuh), Pulau Pinang (enam), Johor (lima), Negeri Sembilan dan Sarawak (empat) serta Kelantan (tiga).

Melaka, Pahang dan Sabah masing-masing dua kes kematian manakala satu kematian direkodkan di Terengganu.

Sementara itu, bagi 14 kematian di luar fasiliti (BID), Kelantan merekodkan tiga kes dan dua di Perak, Kedah, Johor dan Sarawak.

Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Sabah pula mencatatkan satu kes BID.

Sejak wabak itu melanda Malaysia pada 24 Januari 2020, Covid-19 telah meragut 34,906 nyawa di negara ini.

Sementara itu, KKM turut melaporkan 15,215 kes positif baharu Covid-19 bagi hari yang sama.

Ia merangkumi 14,965 kes penularan tempatan dan 250 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Setakat jam 12 tengah malam Selasa, sebanyak 236,023 kes positif aktif dilaporkan dengan 230,081 individu menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 4,843 pesakit dirawat di hospital, manakala 817 pesakit lagi menjalani rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 adalah 4,167,418.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here