SHAH ALAM – Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia terus meningkat kepada 691,115 selepas 5,911 kes baharu dilaporkan pada Sabtu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 2,111.
“Diikuti Negeri Sembilan (770), Sarawak (569), Johor (498),Kuala Lumpur (483), Perak (245),” katanya menerusi catatan di Facebooknya Sabtu.
AKAN MENYUSUL