PUTRAJAYA – Kes penularan Covid-19 yang direkodkan hari ini turun sedikit iaitu sebanyak 5,812 kes berbanding 5,841 kes semalam.
Selangor terus mencatatkan jumlah kes tertinggi penularan dengan merekodkan sebanyak 2,187 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 771 kes dicatatkan.
Sarawak pula merekodkan 673 kes, diikuti Negeri Sembilan (658), Pulau Pinang (270), Melaka (223), Johor (196), Sabah (156), Kedah (186), Pahang (139) dan Labuan (123).
Negeri lain yang merekodkan kes di bawah 100 ialah Kelantan dengan 98 kes, Perak (72), Terengganu (46) dan Putrajaya (14).
Sehingga 25 Jun 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,812 kes (722,659 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 2,187 (237,307)
WPKL – 771 (73,967)
Johor – 196 (69,370)
Sabah – 156 (68,388)
Sarawak – 673 (62,820)
Negeri Sembilan – 658 (41,665) pic.twitter.com/oasxbsx21M
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) June 25, 2021
AKAN MENYUSUL