SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 5,803 kes baharu positif Covid-19 pada Sabtu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 728,462 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, Selangor kekal mencatatkan negeri yang tertinggi dengan 2,108 kes.
“Ia diikuti Negeri Sembilan (741), Kuala Lumpur (628), Sarawak (491), Melaka (355), Johor (329), Pahang (220) dan Sabah (189).
“Sementara itu, Kedah pula merekodkan 186 kes, Pulau Pinang (160), Perak (137), Kelantan (103), Labuan (99), Terengganu (29), Putrajaya (24) dan Perlis (empat),” katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Sabtu.
AKAN MENYUSUL