Home Koronavirus Covid-19: 5,738 kes baharu, Selangor tertinggi

Covid-19: 5,738 kes baharu, Selangor tertinggi

0
Covid-19: 5,738 kes baharu, Selangor tertinggi

PUTRAJAYA – Sebanyak 5,738 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Negeri Sembilan mencatatkan sebanyak 1,086 kes, manakala Selangor kekal negeri tertinggi merekodkan kes harian iaitu sebanyak 1,858 kes.

“Kuala Lumpur pula mencatatkan sebanyak 641 kes, selain Sarawak (559), Johor (449), Sabah (248), Kedah (197), Melaka (184) dan Kelantan (154),” ciapnya di Twitter pada Khamis.

Dr Noor Hisham berkata, Labuan pula mencatatkan sebanyak 97 kes baharu pada Khamis, selain Pulau Pinang (97), Terengganu (77), Pahang (54), Perak (30) dan Putrajaya (tujuh).

Sementara itu, katanya, tiada kes baharu dilaporkan di Perlis.

“Kes positif Covid-19 di seluruh negara pada hari ini (Khamis) ialah sebanyak 5,738 kes dengan jumlah kumulatifnya iaitu 678,764 kes,” katanya.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here