Home Koronavirus Covid-19: 5,685 kes baharu, lapan kematian

Covid-19: 5,685 kes baharu, lapan kematian

0
Covid-19: 5,685 kes baharu, lapan kematian

SHAH ALAM – Sebanyak 5,685 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu dengan dua daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, Selangor mencatat kes tertinggi sebanyak 2,024 kes diikuti Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur 1,834 kes.

Tujuh negeri mencatat kes tiga angka melibatkan Perak (357), Sabah (279), Negeri Sembilan (230), Pulau Pinang (205), Melaka (147), manakala Johor dan Kedah masing-masing (126).

Negeri lain mencatat kes dua angka iaitu Putrajaya (92), Sarawak (85), Pahang (63), Kelantan (53), Terengganu (41), Labuan (15) dan Perlis mencatat lapan (lapan) kes.

Sebanyak lapan kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan dengan lima daripadanya melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Ini menjadikan jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 35,878 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 45,484 kes, dengan 43,858 atau 96.4 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 39 pesakit pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala 1,531 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 56 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 35 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala 21 lagi memerlukan mesin ventilator.

Kes sembuh yang direkodkan pada Selasa ialah 3,337 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,554,286 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here