Home Koronavirus Covid-19: 5,624 kes baharu, 10,041 sembuh

Covid-19: 5,624 kes baharu, 10,041 sembuh

0
Covid-19: 5,624 kes baharu, 10,041 sembuh

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 5,624 kes baharu Covid-19 pada Ahad menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 4,427,067.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah berkenaan melibatkan 5,607 kes tempatan dan 17 kes import.

“Bagi pecahan daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,765 kes adalah daripada pesakit Covid-19 kategori satu, sementara 3,835 kes adalah pesakit kategori dua.

“Bagi kategori tiga, terdapat 12 kes (0.21 peratus) manakala kategori empat dan lima dengan enam kes (0.11 peratus),” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, berdasarkan jumlah keseluruhan 24 kes bagi pesakit kategori tiga hingga lima, 10 kes dilaporkan tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan pelalian berkenaan.

“Lapan kes pula sudah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi tidak menerima dos penggalak. Sebanyak enam kes pula sudah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 12 kes melibatkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas, 12 kes lagi mempunyai komorbid dan satu melibatkan kes ibu mengandung,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, hanya satu kluster baharu direkodkan pada Khamis menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif sebanyak 99 kes.

Menurut beliau, sebanyak 89 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 55 daripadanya disahkan Covid-19, manakala kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan pula adalah sebanyak 34.

Jelasnya, bagi kes memerlukan bantuan pernafasan pula, sebanyak 57 kes dilaporkan dengan 35 kes disahkan Covid-19 dan 22 lagi kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan negara merekodkan sebanyak 10,041 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif kepada 4,310,599 kes setakat ini.

Dalam masa sama, tiada negeri mencatatkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus bagi katil kes kritikal atau ICU.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here