Home Koronavirus Covid-19: 55 kematian direkodkan, Selangor tertinggi

Covid-19: 55 kematian direkodkan, Selangor tertinggi

0
Covid-19: 55 kematian direkodkan, Selangor tertinggi

SHAH ALAM – Kes kematian akibat Covid-19 terus mencatatkan peningkatan apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 55 kes pada Rabu.

Menurut data KKM di portal CovidNow, 23 daripada 55 kes kematian yang dilaporkan itu berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Ia menjadikan keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu sebanyak 32,488 orang, daripada lebih 3.2 juta kes positif Covid-19 yang dikesan.

Mengulas secara terperinci, kes kematian tersebut melibatkan 12 negeri dengan direkodkan tertinggi di Selangor iaitu sebanyak 10 kes.

Ia diikuti Sabah dengan sembilan kes, Johor (8), Perak (7), masing-masing (4) di Kedah, Melaka dan Pahang serta masing-masing (3) di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, manakala satu kes direkodkan di tiga negeri melibatkan Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis.

Bagi kes BID pula, lapan kes direkodkan di Sabah, Selangor (5), masing-masing (2) di Johor dan Pahang, serta masing-masing-masing (1) di Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang.

Empat negeri iaitu Sarawak, Terengganu, Labuan dan Putrajaya pula mencatatkan sifar kes kematian.

Sementara itu, menerusi portal itu juga, terdapat 277,829 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dengan 265,339 individu atau 95.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 4,460 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala 7,725 kes dirawat di hospital dan 305 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 191 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 114 lagi memerlukan mesin ventilator.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here