Home Koronavirus Covid-19: 4,831 kes baharu, 10 kematian

Covid-19: 4,831 kes baharu, 10 kematian

0
Covid-19: 4,831 kes baharu, 10 kematian
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 4,831 kes baharu Covid-19 pada Khamis menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 4,724,225.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, sebanyak 10 kematian baharu dengan dua kes kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID) yang direkodkan.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 36,066 orang.

Dalam pada itu, KKM mencatatkan sejumlah 46,081 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dengan 44,404 pesakit kuarantin di rumah, 1,584 menerima rawatan di hospital, dan 33 individu ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Data tersebut turut menunjukkan sejumlah 60 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, 40 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, 3,362 kes sembuh turut direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,642,078.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here