Home Koronavirus Covid-19: 48 lagi kematian baharu

Covid-19: 48 lagi kematian baharu

0
Covid-19: 48 lagi kematian baharu

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 48 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 30,195 orang daripada 2.6 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal CovidNow, 10 daripada 48 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 68,755 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 55,278 individu atau 80.4 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah, manakala 7,422 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 5,539 kes dirawat di hospital dan 516 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 244 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 272 lagi memerlukan mesin ventilator.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here