SHAH ALAM – Kes Covid-19 di Malaysia hari ini terus melonjak apabila merekodkan 4,519 kes dengan 25 kes kematian.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kumulatif Covid-19 sebanyak
436,944 dengan jumlah keseluruhan kematian pula ialah sebanyak 1,657.
“Terdapat lima kes import yang melibatkan warganegara manakala sebanyak 4,514 kes tempatan dengan 3,964 daripadanya adalah warganegara dan 550 bukan warganegara,” katanya ketika sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 pada Sabtu.
AKAN MENYUSUL