Home Koronavirus Covid-19: 44 kematian baharu, 8 BID

Covid-19: 44 kematian baharu, 8 BID

0
Covid-19: 44 kematian baharu, 8 BID

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 44 kematian baharu akibat Covid-19 pada Khamis.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak lapan kes adalah kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Menurut laman sesawang CovidNow, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini disebabkan oleh virus berkenaan adalah sebanyak 34,983.

Sementara itu, bagi kategori BID pula, jumlah keseluruhan adalah sebanyak 7,381 kes.

Laporan berkenaan turut memaklumkan bahawa purata sebanyak 18 orang daripada sejuta populasi kematian akibat Covid-19 di negara ini direkodkan bagi tempoh dua minggu lepas.

Perak menjadi negeri tertinggi purata kematian setakat ini dengan purata 42 kematian, diikuti Kedah dengan 33 dan Melaka (27).

KKM turut merekodkan 18,560 kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 4,201,919.

Dalam masa yang sama, kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 56.9 peratus dan penggunaan alat bantuan pernafasan sekitar 33.6 peratus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here