Home Koronavirus Covid-19: 43 kematian baharu, 13 kes BID

Covid-19: 43 kematian baharu, 13 kes BID

0
Covid-19: 43 kematian baharu, 13 kes BID

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 43 kes kematian baharu akibat Covid-19 pada Isnin dengan 13 daripadanya membabitkan kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini sebanyak 32,390 orang, daripada lebih 3.23 juta kes positif Covid-19, manakala kes keseluruhan BID pula ialah 6,586.

Menurut data di portal CovidNow, Selangor dan Johor masing-masing merekodkan 10 kematian baharu pada Isnin dengan empat daripada keseluruhan kes di Selangor adalah BID manakala satu di Johor.

Kedah merekodkan tujuh kematian baharu dengan empat daripadanya adalah BID manakala Kelantan (2 kematian, satu BID), Sabah (lima kematian, satu BID), Pulau Pinang (dua kematian, satu BID) dan Pahang (dua kematian).

Melaka, Negeri Sembilan, Sarawak, Terengganu dan Kuala Lumpur masing-masing merekodkan satu kematian.

Sementara itu, terdapat 258,985 kes aktif Covid-19 di seluruh negara pada Isnin dengan 245,875 daripadanya atau 94.9 peratus adalah individu dikuarantin di rumah manakala 5,055 (2. peratus) orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 7,783 kes dirawat di hospital dengan 272 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan pesakit memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 164 kes manakala 108 lagi tidak memerlukan mesin ventilator.

Penggunaan kemudahan kesihatan negara setakat Isnin pula menunjukkan bahawa kadar penggunaan katil hospital di seluruh negara adalah sebanyak 70 peratus manakala mesin ventilator (36.6 peratus), ICU (59,3 peratus) dan PKRC (47.0 peratus).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here