Home Koronavirus Covid-19: 43 kematian baharu, 13 BID

Covid-19: 43 kematian baharu, 13 BID

0
Covid-19: 43 kematian baharu, 13 BID

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 43 kematian baharu akibat Covid-19 pada Sabtu.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 13 kes adalah kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Menurut laman sesawang CovidNow, ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini 32,634 orang, daripada 3.37 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Laporan berkenaan turut memaklumkan, purata 36 daripada 100,000 populasi kematian akibat Covid-19 di negara ini direkodkan bagi tempoh enam bulan lepas.

Pulau Pinang menjadi negeri tertinggi purata kematian setakat ini dengan 65 kematian, diikuti Johor (50) dan Perlis (46).

Setakat Sabtu, KKM merekodkan 27,043 kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah 3,373,116.

Dalam masa yang sama, kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 60.8 peratus dan penggunaan alat bantuan pernafasan sekitar 35.2 peratus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here