Home Koronavirus Covid-19: 4,140 kes baharu, Selangor kekal tertinggi 1,507 kes

Covid-19: 4,140 kes baharu, Selangor kekal tertinggi 1,507 kes

0
Covid-19: 4,140 kes baharu, Selangor kekal tertinggi 1,507 kes

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Sebanyak 4,140 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Sabtu menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 kepada sebanyak 466,330.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus menjadi negeri yang mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 1,507 kes diikuti Johor (433), Kuala Lumpur (398) dan Pulau Pinang (338).

Menurutnya, kes baharu di Sarawak sebanyak 324 manakala Kedah (239), Negeri Sembilan (190), Perak (182), Terengganu (119), Pahang (116), Kelantan (109) Melaka (97) dan Sabah (60).

“Sementara itu, Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan sebanyak 23 kes baharu Covid-19, Wilayah Persekutuan Labuan tiga dan dua kes di Perlis,” katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Sabtu.AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here