Home Koronavirus Covid-19: 4,113 kes baharu direkodkan

Covid-19: 4,113 kes baharu direkodkan

Covid-19: 4,113 kes baharu direkodkan

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Kes harian Covid-19 pada Jumaat menunjukkan sedikit penurunan berbanding semalam (Khamis) apabila sebanyak 4,113 kes baharu Covid-19 direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 sebanyak 462,190.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus menjadi negeri mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 1,269 kes diikuti Sarawak (533) Kelantan (371) dan Johor (335).

“Kes baharu di Wilayah Persekutuan adalah sebanyak 306 manakala Pulau Pinang (266) Kedah (228) Pahang (178), Terengganu (165) Perak (147), Negeri Sembilan (124) Melaka (107) dan Sabah (53).

“Sementara itu, Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan sebanyak 20 kes baharu Covid-19, Wilayah Persekutuan Labuan (enam) dan Perlis (lima),” katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Jumaat.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here