Home Koronavirus Covid-19: 41 lagi kematian direkod, 8 BID

Covid-19: 41 lagi kematian direkod, 8 BID

0
Covid-19: 41 lagi kematian direkod, 8 BID

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 41 kematian baharu akibat jangkitan Covid19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 29,576, daripada 2,529,791 kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal CovidNow, lapan daripada 41 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Menurut data itu lagi, terdapat 64,277 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah berkenaan, seramai 50,063 individu atau 77.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Sementara itu, seramai 7,966 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 5,705 kes dirawat di hospital dan 543 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 275 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 268 lagi memerlukan mesin ventilator.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here