Home Koronavirus Covid-19: 40 lagi kematian direkod, 10 BID

Covid-19: 40 lagi kematian direkod, 10 BID

0
Covid-19: 40 lagi kematian direkod, 10 BID

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 40 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 30,614 orang, daripada 2.65 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal CovidNow, 10 daripada 40 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 61,999 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 51,260 individu atau 82.7 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 5,899 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 4,369 kes dirawat di hospital dan 471 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 207 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 264 lagi memerlukan mesin ventilator. – Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here